fb fb fb fb fb

Piala AFF 2022: Azam mahu bangkit dengan semangat baharu

(FOTO FB FAM)

SEPANG, 8 Januari - 'Lupakan kisah lama, bangkit dengan semangat baharu'.

Demikian ditegaskan pemain pertahanan negara, Azam Azmi Murad yang sebelum ini digantung dua perlawanan dan denda sebanyak RM4,390 oleh Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) susulan satu insiden ketika berdepan Vietnam di Stadium My Dinh.

Tambah pemain Terengganu FC itu, hal tersebut tidak sedikit pun melunturkan semangat dan motivasinya untuk berhadapan Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Selasa ini jika diturunkan untuk kesebelasan utama skuad Harimau Malaya.

"Saya bersemangat untuk menolong pasukan untuk pergi ke 'final', bagi saya ia pengalaman baharu untuk saya sebab saya sebelum ni pernah kena kad merah dan ia tiba-tiba jadi, perkara ini mematangkan diri sayalah dalam dunia bola sepak," kata beliau ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA, di sini.


(Pemain pertahanan negara, Azam Azmi Murad ketika ditemu bual media sebelum berlepas  ke Bangkok,
Thailand bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala Mitsubishi Electric AFF 2022/ FB FAM)  

Skuad kendalian Kim Pan Gon berlepas ke Bangkok, Thailand bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 menentang Thailand, Selasa ini.

Insiden membabitkan Azam dan pemain Vietnam, Doan Van Hau pada perlawanan ketiga Kumpulan B minggu lalu berlaku apabila Azam dikatakan mengasari Van Hau di luar padang selepas kedua-dua pemain terbabit terjatuh akibat aksi tolak menolak bagi merebut bola.

Namun ulang tayang memaparkan Azam terlebih dahulu dikasari Van Hau sebelum insiden di luar padang itu tercetus dan lebih parah, ia menyebabkan Vietnam diberikan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan, Ryuji Sato.

Media Baharu