fb fb fb fb fb

Tenis: Stefanos Tsitsipas pertahan kejuaraan

MONTE CARLO MASTERS, 18 April- Stefanos Tsitsipas berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut selepas menumpaskan Alejandro Davidovich Fokina dalam perlawanan akhir dalam Kejohanan tenis Monte Carlo Masters.

Dalam saingan tersebut, Davidovich Fokina berjaya mendahului Tsitsipas pada set pembukaan.

Bagaimanapun pemain Sepanyol di ranking 43 dunia itu tidak mampu meneruskan kecemerlangannya apabila membenarkan Tsitsipas mengawal permainan untuk menang set pertama dalam tempoh 31 minit.

Di set kedua, saingan berlangsung lebih sengit sebelum Tsitsipas terus unggul untuk menang gelaran kelapan sepanjang kariernya.

(Stefanos Tsitsipas/ AFP

Ia menjadi gelaran pertama pemain Greece itu untuk tahun 2022.

Kejayaan itu membolehkan Tsitsipas menyertai Rafael Nadal sebagai satu-satunya pemain aktif yang memenangi kejuaraan berturut-turut di Monte Carlo. -AFP

Media Baharu