fb fb fb fb fb

Skuad bina badan negara mampu raih emas Sukan Sea Hanoi

KUALA LUMPUR, 18 April - Bekas Jaguh Bina Badan Negara, Datuk Malek Noor yakin skuad bina badan negara mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas pada temasya Sukan Sea di Vietnam, Mei depan.

Keyakinan itu berdasarkan pencapaian cemerlang atlet bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah yang juga juara dunia empat kali dan juara Mr Asia, lima kali.

Bagaimanapun beliau mengingatkan atlet berusia 48 tahun itu agar sentiasa mempersiapkan mental dan fizikal pada tahap terbaik.

(Bekas Jaguh Bina Badan Negara, Datuk Malek Noor)

"Kalau dia berlatih kuat, InsyaAllah dia boleh menang lagi, tapi mesti ingat, kalau kita berlatih kuat, orang lain pun berlatih kuat, jadi kita jangan terlalu yakin. Dalam sukan bina badan, jangan menaruh harapan tinggi kerana banyak lagi bakat-bakat baru sekarang, pergi sea games ada orang yang lebih baik daripada kita," katanya.

Malaysia bakal menghantar 10 altet angkat berat terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita ke Sukan Sea Vietnam.

Ini merupakan kemunculan semula sukan bina badan dalam temasya dwi tahunan itu selepas kali terakhir dipertandingkan pada edisi 2013 di Myanmar.

Media Baharu