fb fb fb fb fb

Sasaran bawa pulang tiga pingat buat Malaysia realistik

BUKIT JALIL, 18 April- Ketua Jurulatih Berbasikal Lebuhraya Negara, Datuk Ng Joo Ngan akui sasaran disandarkan kepada pasukannya pada temasya Sukan SEA Hanoi dianggap realistik.

Beliau ditugaskan membantu pasukan membawa pulang tiga pingat termasuk satu emas pada temasya dwitahunan berkenaan.

Jelasnya, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) turut memberi kebebasan kepadanya untuk mencorak taktikal bagi merealisasikan sasaran ditetapkan.

(Ketua Jurulatih Berbasikal Lebuhraya Negara, Datuk Ng Joo Ngan/ AFP)

"Buat masa ini PKBM secara rasmi memberikakan tanggungjawab ini kepada saya untuk memastikan segala urusan berjalan lancar,

"Apa yang pasti, kami akan membawa balik pingat buat negara. Tidak kira emas, perak atau gangsa, kami perlu lakukan yang terbaik," jelas Joo Ngan kepada pemberita di Bukit Jalil.

Dalam pada itu, pelumba ke Hanoi dijangka disenarai pendek beberapa hari lagi sebelum tirainya temasya dwitahunan bermula Mei.

Media Baharu