fb fb fb fb fb

Kemenangan di Singapura bukan kayu ukur prestasi pasukan olahraga ke Sukan SEA

KUALA LUMPUR, 18 April- Kem olahraga negara diingatkan agar tidak terlalu selesa dengan pencapaian cemerlang dilakar pada Kejohanan Trek dan Padang Singapura minggu lepas.

Menurut ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Mohd Manshahar Abdul Jalil, pencapaian pada kejohanan tersebut bukan kayu pengukur tepat untuk meramalkan kejayaan mereka sewaktu Sukan SEA Hanoi, bulan depan.

Biarpun berpuas hati dengan pencapaian anak buahnya, Mohd Manshahar tetap mengingatkan mereka agar tidak mendabik dada dengan kejayaan tersebut memandangkan dua kuasa besar olahraga di peringkat Asia Tenggara iaitu Thailand dan Vietnam tidak menyertai kejohanan di Singapura.

"Skuad olahraga negara tidak boleh tentukan kejayaan di Sukan SEA Hanoi berdasarkan pencapaian atlet dalam kejohanan di Singapura tempoh hari,

"Malaysia mengakhiri saingan di kejohanan itu dengan membawa pulang lapan emas, dua perak dan dua gangsa," jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

(Foto fail)

Berdasarkan prestasi di Singapura, Mohd Manshahar menjangkakan dua atlet lempar cakera lelaki dan wanita iaitu Muhammad Irfan Shamsuddin dan Queenie Ting Kung Ni serta atlet lompat jauh lelaki negara, Andre Anura Anuar berada dalam landasan tepat untuk meraih emas pada Sukan SEA Hanoi.

Pada kejohanan di Singapura, Muhammad Irfan menguasai acara lelaki dengan catatan 59.15 meter, jauh meninggalkan atlet Filipina, John Albert Mantua yang meraih perak dengan catatan 49.57 meter manakala gangsa milik atlet tuan rumah, Eric Yee Chun Wai selepas sekadar melakukan lemparan sejauh 47.67 meter.

Media Baharu