fb fb fb fb fb

Tenis Monte Carlo Masters : Juara bertahan, Tsitsipas mara ke separuh akhir

MONTE CARLO, 16 April - Juara bertahan, Stefano Tsitsipas menang 6-2, 7-6 dan 6-4 menentang Diego Schwartzman untuk mara ke separuh akhir kejohanan Tenis Monte Carlo Masters.

Pemain pilihan ketiga itu bakal menentang juara Olimpik, Alexander Zverev, hari ini.

"Saya tidak fikir saya pernah membuat kebangkitan semula dalam kerjaya saya, ia memang menakjubkan, saya berjumpa sumbernya dan saya bangga dengannya," kata Tsitsipas.

Zverev yang menjadi pilihan kedua menang menerusi 5-7, 6-3, 7-6 menentang pemain pilihan ke-12 dari Itali, Jannik Sinner dalam masa tiga jam perlawanan.


(Foto fail/ATP Tour)

Alejandro Davidovich Fokina dan Grigor Dimitrov juga mara ke separuh akhir dalam perlawanan yang lain.

Dimitrov menewaskan Hubert Hurkacz 6-4, 3-6 dan 7-6.

Fokina pula menyingkirkan Novak Djokovic pada pusingan kedua -AFP

Media Baharu