fb fb fb fb fb

Dyche dipecat akibat gagal bawa Burnley keluar dari zon penyingkiran EPL

UNITED KINGDOM, 16 April - Kegagalan membawa kelab Burnley keluar daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi antara punca pengurus, Sean Dyche dipecat oleh kelab tersebut.

Dyche yang telah bersama Burnley hampir 10 tahun gagal membawa pembaharuan positif pada musim ini.

Pengumuman mengejutkan itu susulan aksi hambar Burnley sepanjang musim ini yang menghuni tangga ke-18 Liga Perdana Inggeris dan empat mata di belakang Everton dengan berbaki lapan perlawanan.


(Pengurus, Sean Dyche dipecat oleh kelab Burnley akibat gagal bawa pasukan tersebut keluar dari zon penyingkiran EPL/AFP) 

Burnley hanya mempunyai satu kemenangan daripada tujuh perlawanan terakhir mereka.

Dalam masa sama, pengerusi Burnley, Alan Pace turut mengucapkan terima kasih kepada Dyche atas sumbangannya sejak sedekad lalu. - AFP

Media Baharu