fb fb fb fb fb

Cantlay dominasi hari kedua Kejohanan Golf RBC Heritage

South Carolina, 16 April - Pemain nombor enam dunia, Patrick Cantlay mendominasi hari kedua Kejohanan Golf RBC Heritage menerusi kelebihan dua pukulan, di sini.

Cantlay dari Amerika Syarikat mempamerkan aksi bergaya apabila menamatkan saingan pusingan kedua dengan catatan empat di bawah par selepas melakukan 67 pukulan.

Keputusan itu membolehkan beliau meraih catatan keseluruhan sembilan di bawah par dengan 133 pukulan untuk berada di tangga teratas kejohanan.

(Pemain golf Amerika Syarikat, Patrick Cantlay/PGA TOUR)

Dalam aksi hari kedua, Cantlay berupaya melakukan tujuh birdie sekali gus dapat mengatasi tiga bogey dilakukannya.

Di kedudukan kedua ketika ini dihuni oleh rakan senegara Cantlay, Robert Streb yang mencatat keseluruhan tujuh di bawah par dengan 135 pukulan.

Media Baharu