fb fb fb fb fb

Tengku Zafrul ucap tahniah kejayaan Pearly-Thinaah

Beregu wanita negara, Pearly Tan–M. Thinaah muncul juara Masters Jepun 2025 di Kumamoto / FOTO FB Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 16 November - Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menzahirkan ucapan tahniah kepada beregu wanita negara, Pearly Tan–M. Thinaah, selepas muncul juara Masters Jepun 2025 di Kumamoto hari ini.

Tengku Zafrul, menerusi kenyataan di akaun rasmi Facebook beliau memaklumkan, kejayaan merangkul gelaran Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) ketiga musim ini membuktikan usaha berterusan serta tahap konsistensi tinggi yang dipamerkan pasangan tersebut.

“Syabas dan tahniah sekali lagi kepada Pearly–Thinaah! Kemenangan di Masters Jepun bukan sahaja pencapaian besar, tetapi merupakan gelaran Jelajah Dunia BWF ketiga mereka tahun ini.

“Kejayaan memenangi Terbuka Thailand, Terbuka Artik dan kini Masters Jepun jelas menunjukkan konsistensi mereka. Kebanggaan Malaysia!” katanya

Terdahulu, pasangan ranking kedua dunia itu menampilkan aksi bertenaga apabila menewaskan gandingan tuan rumah, Rin Iwanaga–Kie Nakanishi, 22-20, 21-19 dalam perlawanan berdurasi 54 minit.

Kemenangan tersebut turut meraihkan mereka hadiah wang tunai berjumlah AS$37,525.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE