fb fb fb fb fb

Staf Sarjan Abdul Aziz sumbang emas di Kejohanan Bina Badan Dunia di Batam

FOTO FB Tentera Darat Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 November - Anggota Tentera Darat Malaysia, Staf Sarjan Abdul Aziz Ahmad terus mengharumkan nama negara selepas meraih pingat emas dalam Kejohanan Bina Badan Dunia 2025 di Batam, Indonesia pada Sabtu.

Kejayaan itu diraihnya menerusi kategori Men’s Athletic Physique atas 167 sentimeter.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Tentera Darat Malaysia memaklumkan, kejayaan itu bukan sahaja mengangkat Malaysia di pentas antarabangsa, malah mencerminkan keupayaan warga Tentera Darat mencapai kecemerlangan melalui disiplin, iltizam serta semangat juang yang tinggi.

"Pencapaian berprestij Staf Sarjan Abdul Aziz turut menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya Tentera Darat, dalam usaha melahirkan anggota yang cemerlang bukan hanya di medan tugas tetapi juga dalam bidang sukan, " menurut hantaran tersebut.

Kejayaan tersebut turut menggambarkan komitmen berterusan untuk membentuk modal insan berkualiti tinggi dan berdaya saing di peringkat global.

"Syabas dan tahniah diucapkan atas kejayaan yang membanggakan negara ini," kata Tan Sri Muhammad Hafizuddeain .

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE