fb fb fb fb fb

Team Haq galas cabaran negara ke Kejohanan Dunia M4 tahun depan

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Team Haq optimis dapat mengharumkan nama Malaysia di Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang (M4) yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia, tahun depan.

Keyakinan itu disuarakan Ketua Jurulatih, Khairul Azman Mohd Sharif selepas menyaksikan pasukannya menjuarai Grand Final Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim ke-10 dengan mengejutkan juara bertahan Todak 4-2 semalam.

Jelas Khairul Azman, pasukannya juga bakal mengekalkan pemain yang sama di Indonesia nanti. Namun, beliau mengakui anak buahnya masih memerlukan sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak untuk menggalas cabaran negara.


(Ketua Jurulatih, Khairul Azman Mohd Sharif)

"Untuk kejohanan dunia ini, kita akan berusaha lebih keras lagi sebab saya percaya yang masuk ke kejohanan dunia bukan pasukan yang biasa berdasarkan pengalaman saya pada yang lepas, dimana saya dah 'all out' pun saya tetap tidak boleh pergi jauh. Jadi Insya-Allah kita akan tambah beberapa lagi bantuan untuk tolong saya dan tolong pasukan ini supaya kita boleh melangkah lebih jauh", katanya.

Beliau ditemui pada sidang media kejayaan pasukannya merangkul piala MPL Musim ke-10 di ibu negara.

Selain mewakili Malaysia di Kejohanan Dunia M4, pasukan HAQ juga membawa pulang bahagian terbesar daripada hadiah keseluruhan AS$100,000.

Team Haq dibarisi lima pemain iaitu Muhammad Syafizan, Aiman Zairie Anuar, Poh Chun Wai, Aimin Zairie Anuar dan Mohamad Nilzaihan. 

Media Baharu