LONDON, 9 Mei – Mason Mount muncul wira buat Manchester United apabila meledak dua gol dalam kemenangan 4-1 ke atas Athletic Bilbao pada separuh akhir kedua di Old Trafford.
Sekali gus layak ke final Liga Europa dengan agregat 7-1 dan bakal menentang Tottenham Hotspur di Bilbao.
United yang mendahului 3-0 pada aksi pertama dikejutkan dengan jaringan awal Mikel Jauregizar sebelum kemasukan Mount dan Amad Diallo mengubah segalanya.
Mount berjaya menyamakan kedudukan minit ke-72, diikuti gol Casemiro dan Rasmus Hojlund.
Mount menutup persembahan luar biasanya dengan satu jaringan menakjubkan dari tengah padang ketika masa kecederaan, memanfaatkan kesilapan penjaga gol lawan yang keluar dari posisi.
Jurulatih Ruben Amorim mengingatkan bahawa hanya kemenangan di final akan menyelamatkan musim buruk United.
Dia menegaskan pasukannya perlu turun dengan skuad terbaik serta lebih klinikal menentang Spurs.