fb fb fb fb fb

Terbuka Taiwan: Enam wakil negara masih teruskan perjuangan

Perseorangan negara, Justin Hoh cipta kejutan tewaskan bekas juara Terbuka Taiwan edisi lalu, Lin Chun-yi untuk mara ke suku akhir/Foto Fail

KUALA LUMPUR, 9 Mei- Enam wakil negara masih meneruskan perjuangan di badminton Terbuka Taiwan.

Kesemua mereka bakal turun menentang lawan masing-masing pada pusingan suku akhir, hari ini.

Perseorangan lelaki negara, Justin Hoh sekali lagi bakal berdepan cabaran tuan rumah, Wang Tzu Wei selepas mencipta kejutan menundukkan bekas juara edisi lalu, Lin Chun-yi, straight sets, 21-17 dan 21-18 di pusingan 16.

Bagi perseorangan wanita, K. Letshanaa akan turun menentang pilihan kedua kejohanan, Sim Yu Jin.

K. Letshanaa dilihat perlu mengekalkan momentum cemerlang berdepan lawannya dari Korea Selatan, apabila Yu Jin menewaskan lawan sebelumnya dengan kemenangan besar 21-10 dan 21-9, hanya dalam tempoh 28 minit.

Dua pasangan beregu campuran, Loo Bing Kun-Toh Ee Wei dan Chen Tang Jie-Chen Wen Tse juga menggalas tugas sama berdepan lawan masing-masing dari Indonesia.

Bing Kun-Ee Wei akan bertemu Dejan Ferdinansyah-Siti Fadia Silva Ramadhanti manakala Tang Jie-Wen Tse menentang Bobby Setiabudi-Melati Daeva Oktavianti.

Tang Jie-Ee Wei membuktikan keserasian mereka bersama pasangan baharu dalam kejohanan ini sekali gus menjadi persediaan menjelang Terbuka Thailand dan Malaysia Masters 2025.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM