fb fb fb fb fb

Pelumba Uno-X Pro Cycling Team, Erland Blikra ungguli peringkat keenam LTdL 2022

(Pelumba Uno-X Pro Cycling Team, Erland Blikra muncul pemenang peringkat keenam Le Tour de
Langkawi (LTdL) 2022)

ALOR SETAR, 16 Oktober - Pelumba Uno-X Pro Cycling Team, Erland Blikra muncul pemenang peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 hari ini dengan catatan masa 2:49:42 saat.

Pelumba Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa memenangi tempat kedua diikuti Rudiger Selig dari Lotto Soudal ketiga.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Blikra muncul penyarung Jersi Hijau iaitu Raja Pecut yang baharu.

Jeris kuning selaku pendahulu keseluruhan masih kekal milik Ivan Ramiro Sosa dari Movistar.

Jersi Merah selaku Raja Bukit pula berjaya dipertahankan Muhammad Nur Aiman Zariff dari Terengganu Polygon Cycling Team (TSG).


(Perlumbaan peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 dilepaskan mengikut jadual
seawal pukul 9.09 pagi dan berakhir kira-kira pukul 12.00 tengah hari)

Sementara itu rakan sepasukan, Jambaljamts Sainbayar kekal selaku Pelumba Terbaik Asia.

Laluan hari ini melibatkan jarak sejauh 120.4 kilometer dan menawarkan tiga Zon Pecutan iaitu di Jambatan Pulau Pinang, Bagan dan Sungai Petani.

Walaupun keadaan cuaca hujan sejak malam tadi, perlumbaan tetap dilepaskan mengikut jadual seawal pukul 9.09 pagi dan berakhir kira-kira pukul 12.00 tengah hari.

Esok, perlumbaan peringkat ketujuh akan bermula dari Pekan Kuah menuju ke Gunung Raya sejauh 90.8 kilometer.

Media Baharu