EASTBOURNE, 29 Jun- Pemain tenis Amerika Syarikat (AS), Taylor Fritz meneruskan dominasi di Eastbourne apabila menewaskan rakan senegaranya, Jenson Brooksby dalam aksi 'straight set' untuk merangkul gelaran keempat di kejohanan itu, satu rekod baharu dalam sejarah kejohanan.
Fritz mencatat kemenangan 7-5, 6-1 dalam masa 88 minit ke atas Brooksby yang mara ke pusingan akhir, sekali gus menambah koleksi gelaran ATP 250 Eastbourne yang pernah dimenanginya pada 2019, 2022 dan 2024.
Kejayaan tersebut menjadikan Fritz sebagai juara 10 kali di peringkat jelajah ATP dan pemain pertama sejak Matteo Berrettini pada 2022 yang memenangi dua kejuaraan gelanggang rumput menjelang Wimbledon, selepas turut menjuarai kejohanan di Stuttgart baru-baru ini.
Pemain nombor lima dunia itu kini tampil sebagai antara pencabar utama di Grand Slam ketiga musim ini yang bakal bermula minggu hadapan.- REUTERS