MALLORCA, 29 Jun- Pemain tenis Belanda, Tallon Griekspoor meraih gelaran ATP ketiganya selepas menewaskan Corentin Moutet 7-5, 7-6(3) dalam perlawanan akhir Kejohanan ATP 250 Mallorca pada Sabtu.
Perlawanan akhir berlangsung di Santa Ponsa, sebuah pekan pelancongan dalam daerah Calvià , dengan Griekspoor, 28 tahun hanya memerlukan masa dua jam untuk memastikan kejuaraan.
Kejayaan berkenaan turut menandakan kebangkitan semula Griekspoor yang baru pulih daripada kecederaan.
Terdahulu, Griekspoor terpaksa menarik diri pada pusingan keempat Terbuka Perancis ketika menentang Alexander Zverev, akibat kecederaan.
Kemenangan di Mallorca memberi petunjuk bahawa Griekspoor kembali cergas dan bersedia memberi saingan di Wimbledon yang bakal membuka tirai kejohanan Isnin ini hingga 13 Julai.- REUTERS