PHILADELPHIA, 29 Jun – Jaringan pada masa tambahan oleh pemain gantian, Paulinho, membawa Palmeiras mara ke suku akhir selepas menewaskan Botafogo 1-0 dalam pertembungan sesama kelab Brazil, awal pagi tadi (Sabtu).
Paulinho, bekas pemain Bayer Leverkusen yang bergelut dengan kecederaan sejak menyertai Palmeiras, muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-100 hasil gerakan daripada Richard Rios.
"Saya sangat gembira kerana berjaya menjaringkan gol. Jurulatih banyak membantu saya menyesuaikan diri, terutamanya selepas kecederaan serius yang saya alami," kata Paulinho kepada DAZN.
Pada perlawanan berkenaan, Palmeiras lebih banyak mencipta peluang berbanding Botafogo, dan hampir menjaringkan gol menerusi percubaan pemain muda sensasi, Estevao Willian.
Namun, Palmeiras terpaksa bermain 10 orang selepas ketua pasukan, Gustavo Gomez dibuang padang pada minit ke-116 selepas menerima kad merah.
Kesempatan tersebut gagal dimanfaatkan Botafogo menyaksikan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
Botafogo cuba menyamakan kedudukan selepas selepas kapten Palmeiras, Gustavo Gomez, dibuang padang minit ke-116, tetapi gagal sehingga wisel penamat.
Kemenangan itu membolehkan wakil Brazil itu bertemu pemenang antara Chelsea dan Benfica pada suku akhir nanti.-AFP.