KUALA LUMPUR, 21 Sept- Hasrat juara dunia beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk merangkul gelaran China Masters 2025 tidak kesampaian apabila kecundang dalam perlawanan akhir hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di Shenzhen Arena, beregu campuran utama negara tewas 8-21, 17-21 kepada gandingan Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam tempoh hanya 35 minit.
Ia merupakan kekalahan ketiga Tang Jie-Ee Wei dalam empat pertemuan menentang pasangan Thailand itu dan juga penampilan pertama mereka di final kejohanan Super 750, dengan pencapaian naib juara di Shenzhen.