BAKU, 21 Sept- Perlumbaan Formula 1 (F1) akan terus berlangsung di Baku sehingga 2030 selepas penganjur, Baku City Circuit dan kerajaan Azerbaijan bersetuju melanjutkan kontrak Grand Prix Azerbaijan selama empat tahun
Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali menyifatkan litar itu sebagai unik kerana menggabungkan laluan lurus panjang dengan selekoh sempit melalui yang bandar lama, sekali gus menjanjikan perlumbaan penuh memukau.
“Pembaharuan ini mencerminkan kepercayaan serta komitmen kukuh antara F1, kerajaan Azerbaijan dan penganjur, serta membuka jalan kepada masa depan yang lebih menarik di negara ini,” katanya.
Menurut penganjur, litar sepanjang enam kilometer itu menarik peminat dari lebih 70 negara dan wilayah pada 2024, dengan tontonan global di kaca TV mencecah 66 juta penonton
Pertama kali dianjurkan pada 2016, Baku City Circuit terkenal dengan perlumbaan yang sukar diramal, dengan tujuh pemenang berbeza dalam lapan edisi.
Setakat ini, hanya Sergio Perez pernah meraih kemenangan dua kali, manakala Lewis Hamilton, Max Verstappen dan Oscar Piastri turut tersenarai sebagai pemenang lain. -REUTERS