fb fb fb fb fb

Tang Jie-Ee Wei mudah ke pusingan kedua Terbuka Australia

Pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mudah melangkah ke pusingan kedua Terbuka Australia selepas menewaskan rakan senegara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien

KUALA LUMPUR, 19 November - Pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mudah melangkah ke pusingan kedua Terbuka Australia selepas menewaskan rakan senegara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien.

Juara Dunia 2025 itu, mendominasi perlawanan sejak awal permainan sebelum merekodkan kemenangan 21-19, 21-9 dalam tempoh 38 minit.

Kejayaan itu menyaksikan pilihan utama kejohanan itu akan berdepan cabaran pasangan Taiwan, Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh

Sebelum ini, pasangan beregu campuran negara itu menarik diri daripada aksi Master Kumamoto Jepun selepas Tang Jie mengalami kecederaan bahu ketika aksi Terbuka Perancis.

Dalam aksi perseorangan wanita, Wong Ling Ching juga mara ke pusingan seterusnya selepas menumpaskan Amy Wang dari New Zealand dengan keputusan 21-10, 21-11 dan akan bertemu pilihan ketujuh dari Kanada, Michelle Li.

Minggu lalu, Ling Ching mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila menewaskan Michelle 21-17, 16-21, 21-19 untuk menempah tiket ke suku akhir Master Kumamoto Jepun.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi pemain perseorangan wanita, K. Letshanaa selepas tewas kepada pilihan keenam dari Thailand, Supanida
Kathethong 18-21, 21-16, 21-18.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki negara, Wan Arif Junaidi–Yap Roy King juga menempah slot ke pusingan kedua selepas menundukkan pasangan tuan rumah, Phillip Halim-Landon Horsea Kurniawan 21-8, 21-11.

Pasangan No.19 dunia itu akan bertemu Choi Sol Gyu-Goh V Shem yang menewaskan beregu New Zealand, Raphael Chris Deloy-Adam Jeffrey 21-8, 21-13.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI