fb fb fb fb fb

Tanak dominasi "shakedown" Rali Chile

Ott Tanak memandu jenter Hyundai / FOTO AFP

SANTIAGO, 12 September - Pemandu Estonia, Ott Tanak, mencatat masa terpantas pada sesi ujian atau shakedown Rali Dunia (WRC) Chile pada Khamis, menewaskan juara bertahan Kalle Rovanpera dengan kelebihan hanya satu persepuluh saat.

Dalam keadaan trek basah bagi laluan sejauh 6.79 kilometer itu, Tanak yang memandu jentera Hyundai merekodkan masa 3 minit 21.5 saat.

Pendahulu kejuaraan, Elfyn Evans, mencatat masa ketiga terpantas di belakang Rovanpera.

Tanak kini memburu keputusan positif di Chile bagi merapatkan kedudukan dengan trio Toyota Evans, Rovanpera dan Sebastien Ogier dalam carta kejuaraan pemandu.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE