fb fb fb fb fb

Sze Fei-Izzuddin kandas di separuh akhir Terbuka Australia

Perlawanan antara Goh Sze Fei–Nur Izzuddin dan beregu Indonesia, Raymond Indra–Nikolaus Joaquin di Olympic Boulevard, Sydney

SYDNEY, 22 November - Hasrat beregu lelaki negara, Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani untuk mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Australia tidak kesampaian selepas mereka tumbang di separuh akhir.

Dalam aksi yang berlangsung di Olympic Boulevard, Sydney, pasangan negara itu gagal menyaingi permainan pantas beregu Indonesia, Raymond Indra–Nikolaus Joaquin sebelum akur tewas 15–21, 15–21.

Turun sebagai antara pilihan kejohanan, Sze Fei–Izzuddin atau lebih dikenali sebagai 'DinFei' kelihatan menghadapi kesukaran sejak awal apabila lawan memaksa mereka bertahan dengan serangan bertubi-tubi.

Walaupun cuba menghidupkan semula permainan pada set kedua, momentum itu tidak kekal lama selepas beregu Indonesia kembali menguasai perlawanan menerusi kutipan mata berterusan hingga menutup peluang kebangkitan wakil negara.

Kekalahan itu sekali gus menafikan impian DinFei untuk menempah tiket ke peringkat akhir ketiga musim ini selepas kejayaan mereka terehenti pada Terbuka India dan Terbuka Jepun sebelum ini.

Sze Fei–Izzuddin kini dijangka menilai semula corak permainan mereka menjelang siri kejohanan seterusnya bagi memburu kemasukan peringkat akhir.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI