fb fb fb fb fb

Tang Jie-Ee Wei mara ke final Terbuka Australia

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menundukkan gandingan Thailand, Pakkapon Teeraratsakul–Sapsiree Taerattanachai, dengan kemenangan straight set 21-16, 21-14

SYDNEY, 22 November - Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan aksi cemerlang mereka apabila melangkah ke pentas final Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2025 di Sydney, hari ini.

Dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Quaycentre, Olympic Boulevard, pasangan pilihan utama dan juara dunia itu mempamerkan permainan bertenaga sebelum menundukkan gandingan Thailand, Pakkapon Teeraratsakul–Sapsiree Taerattanachai, dengan kemenangan straight set 21-16, 21-14.

Kejayaan itu menempatkan beregu nombor empat dunia itu hanya selangkah daripada gelaran kedua mereka tahun ini.

Tang Jie-Ee Wei akan berdepan sama ada pasangan pilihan kedua dari Indonesia, Jafar Hidayatullah–Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu, atau pilihan ketiga dari Thailand, Ruttanapak Oupthong–Jhenicha Sudjaipraparat, pada aksi final pada Ahad.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI