fb fb fb fb fb

Syaqiera terkandas di pusingan penyingkiran memanah individu

Pemanah wanita negara, Syaqiera Mashayikh/Foto MSN

PARIS, 30 Julai - Hasrat pemanah wanita negara, Syaqiera Mashayikh untuk mara lebih jauh tidak kesampaian.

Ini selepas dia tumpas kepada wakil Brazil, Ana Luiza Sliacticas Caetano dengan keputusan 5-6 pada pusingan penyingkiran kedua saingan individu.

Aksi di lapangan memanah Invalides berlangsung dengan sengit apabila kedua-dua pemanah terikat dua sama selepas dua pusingan.

Di pusingan ketiga, Syaqiera berjaya meraih dua mata selepas menewaskan Ana Luiza, seterusnya mendahului 4-2.

Namun aksi set keempat menyaksikan mereka kembali mencatat keputusan seri untuk Ana mengejar 5-3.

Ana kemudian berjaya menyamakan kedudukan apabila mengungguli set kelima.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi 'shoot off' dan nasib menyebelahi Ana apabila panahannya mengenai sasaran 9, manakala Syaqiera hanya mengenai sasaran 8.

GRACE AISYAH KEDAYAN