fb fb fb fb fb

Sultan Ibrahim zahir ucapan tahniah kepada pasukan JDT

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU, 9 Disember- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) FC yang mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia, semalam.  

Menerusi satu hantaran di facebook baginda, Sultan Ibrahim bangga dengan pelbagai pencapaian yang dikecapi skuad harimau selatan itu di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

"Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada sokongan padu yang sentiasa diberikan rakyat Johor serta penyokong tegar skuad Harimau Selatan.

"Kejayaan ini juga kepada anda semua yang sentiasa bersama JDT FC," titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Kejayaan itu turut melengkapkan kejuaraan empat kali berturut-turut bagi pasukan JDT.

JDT FC menewaskan Terengganu FC pada perlawanan akhir Piala Malaysia 3-1 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, semalam.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI