fb fb fb fb fb

Menang Piala Malaysia, Johor umum Hari Cuti Khas Peristiwa, 17 Disember

FOTO JOHOR Southern Tigers

JOHOR BAHRU, 9 Disember- Susulan kejayaan Johor Darul Takzim, JDT FC menjulang Piala Malaysia semalam seterusnya melakar sejarah meraih empat piala semusim buat kali kedua berturut-turut.

Kerajaan Johor hari ini mengumumkan Hari Cuti Khas Peristiwa pada 17 Disember ini, bersamaan hari Ahad kepada seluruh rakyat di negeri itu.

Setiausaha Kerajaan negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam satu kenyataan memaklumkan, pengisytiharan cuti itu selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selaras peruntukan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369].

Pemberian Cuti Khas Peristiwa ini juga merupakan penghargaan Kerajaan Negeri kepada pihak terlibat dan rakyat Negeri Johor dalam membantu kejayaan gemilang Harimau Selatan.

JDT meraih piala keempatnya musim ini selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada aksi final Piala Malaysia, semalam.

Selain mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut, Piala FA dan Piala Sumbangsih sepanjang kempen musim ini.

JDT juga akan meraikan sejarah gemilang pada aksi penutup musim, selepas aksi Liga Super menentang Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim, 16 Disember nanti.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE