KUCHING, 4 Ogos- Sistem catatan masa dan teknikal bagi acara renang SUKMA Sarawak berada pada tahap optimum.
Bagi Ketua Delegasi Teknikal Sukma Sukan Renang, Jeffry Sim, menerusi sistem catatan masa Omega yang dinaik taraf, Pusat Akuatik Pandalela Rinong mampu mengendalikan sukan sebesar Olimpik.
"Saya boleh katakan, setakt ini persiapan kami sudah melebihi 95 peratus, hanya beberapa perkara kecil yang perlu dilengkapkan,"katanya.
Katanya dengan sukan sebesar Sukma itu, keberkesanan sistem masa amat penting.
Tinjauan RTM di pusat akuatik pagi tadi mendapati pasukan teknikalnya telah berkampung di pusat itu sejak semalam lagi bagi memastikan kelancaran sistem catatan masa perenang.
Seramai 10 perenang turut terlibat bagi menguji kemampuan sistem masa itu.