PARIS, 4 Ogos- Satu lagi percubaan daripada kem badminton negara untuk mara ke final Olimpik 2024 gagal selepas Lee Zii Jia tumpas straight set kepada Kunlavut Vitidsarn dari Thailand.
Kedua-dua pemain agak berhati-hati di set pertama dengan kerap melakukan rali panjang.
Bagaimanapun taktikal yang diatur Kunlavut dilihat lebih menjadi dan kurang melakukan kesilapan untuk menang selesa 21-14.
Di set kedua, Kunlavut yang dilihat berada pada prestasi terbaiknya terus menguasai permainan.
Zii Jia pula seakan hilang tumpuan apabila sering melakukan 'return' yang lemah dan berjaya dimatikan lawan.
Pukulan-pukulan 'smashnya' juga kerap tersangkut di jaring.
Ia sekali gus menghadiahkan banyak mata buat Kunlavut untuk menamatkan perlawanan 21-15.
Zii Jia bagaimanapun masih berpeluang untuk membawa pulang pingat pertamanya di Olimpik dalam penentuan pingat gangsa.