fb fb fb fb fb

Olimpik: Sungai Seine kotor, penganjur batalkan latihan atlet triatlon

Foto Reuters

PARIS, 4 Ogos- Penganjur Sukan Olimpik Paris telah membatalkan sesi latihan renang Ahad untuk acara lari berganti-ganti triatlon selepas hujan lebat baru-baru ini, menjejaskan tahap kualiti air di sungai Seine.

Keputusan itu dibuat lewat pada Sabtu selepas ujian menunjukkan kualiti air tidak mencapai tahap selamat yang diperlukan berikutan hujan pada 31 Julai dan 1 Ogos.

Perlumbaan lari berganti-ganti campuran dijadualkan berlangsung pada Isnin.

"Kami menjangkakan penambahbaikan pada keadaan dalam beberapa jam akan datang, tetapi tidak ke tahap yang biasa untuk acara renang yang dirancang boleh berlaku esok."

"Susulan keadaan ini, kami telah memutuskan untuk membatalkan sesi latihan renang malam ini untuk mengelakkan komunikasi lewat kepada atlet," kata penganjur dalam satu kenyataan.

Pencemaran di sungai Seine selepas hujan lebat menyebabkan perlumbaan lelaki ditangguhkan selama sehari, selepas sesi latihan renang dibatalkan dua hari berturut-turut.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM