fb fb fb fb fb

Aaron-Wooi Yik raih pingat pertama negara di Olimpik Paris

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memberikan 'pose' istimewa kepada wartawan RTM sejurus selepas menamatkan aksi menentang gandingan Denmark

PARIS, 4 Ogos- Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih pingat gangsa di Olimpik Paris 2024 selepas menumpaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark dalam perlawanan tiga set yang mendebarkan.

Aaron-Wooi Yik turun dengan misi untuk membawa pulang pingat gangsa berharga.

Perjuangan mereka untuk melangkah ke perlawanan akhir pada Sabtu musnah selepas disekat gandingan China.

Denmark nyata garang di set pertama dengan asakan-asakan pantas, sekali gus memberi tekanan buat beregu negara.

Biarpun cuba bangkit, mereka terpaksa akur dengan kekalahan 16-21 di set pertama dalam tempoh 21 minit.

Di set kedua Aaron-Wooi Yik masih tidak berputusa asa.

Ketinggalan jauh pada satu ketika, mereka mengejar sehingga mendahului 13-10.

Biarpun selepas itu mereka kembali diberi tekanan, Aaron-Wooi Yik tetap tenang bertahan.

Ketinggalan 20-17, mereka kembali mengejar untuk menang 22-20 dalam tempoh 23 minit dan mengheret perlawanan ke set penentuan.

Aaron-Wooi Yik kemudian berjaya mengekalkan momentum mereka di set ketiga dan menang 21-19 untuk mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi di Tokyo.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE