KUALA LUMPUR, 9 September- Pasukan ragbi tujuh sebelah lelaki Selangor yakin meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20, sekaligus menamatkan badi lebih 10 tahun tanpa kilauan pingat.
Pengurusnya, Darmadi Karya Ariffin berkata, keyakinan tersebut berdasarkan beberapa keputusan positif yang dilakar anak buahnya, termasuk kejayaan mara ke final Kejohanan Tujuh Sebelah Kebangsaan pada Julai lalu.
Barisan kejurulatihan juga telah melakukan persiapan awal dengan membuat analisis video bagi menilai kekuatan pasukan lawan.
"Kami nampak sebenarnya saingan utama adalah negeri Johor, kami juga nampak ada kelebihan sedikit untuk negeri Kelantan.
Dibarisi oleh beberapa pemain Komanwel, kami juga pernah bersaing dengan Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan, itu antara pasukan yang saya rasa akan merebut tempat empat pasukan terbaik SUKMA," katanya kepada RTM.
(Darmadi Karya Ariffin, Pengurusnya pasukan)
Darmadi juga berharap, pengalaman dimiliki kapten pasukan, Hariz Ezzat Hamidon di peringkat Antarabangsa mampu membantu Selangor mencapai misi tersebut.
Pada temasya itu nanti, Selangor diletakkan dalam satu kumpulan bersama Sabah dan Sarawak.