fb fb fb fb fb

254 peserta sertai Kejohanan Golf MSSM 2022 di Labuan

LABUAN, 8 September- Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah Sekolah (MSSM) 2022 di Labuan melabuhkan tirai semalam selepas tiga hari berlangsung sejak 5 September lalu.

Majlis penutupan disempurnakan Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yusup Mohamad bertempat di Dewan Ujana Kewangan.

Dalam ucapan perasmiannya, En. Yusup Mohamad berkata, meski kejohanan dilangsungkan secara sederhana, namun kemeriahan tetap dirasai dengan penglibatan seramai 254 orang peserta melibatkan pengurus pasukan dan ahli-ahli kontinjen.


(Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yusup Mohamad)

Beliau juga berharap agar sukan sentiasa dijadikan wadah perpaduan untuk mengharumkan nama negara dan tidak dicemari unsur - unsur negatif.

Pada kejohanan kali ini, Selangor dinobatkan sebagai kontinjen lelaki dan perempuan terbaik kejohanan sekaligus mengunguli kejohanan dengan meraih kontinjen terbaik keseluruhan kejohanan.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula dinobatkan kontinjen kedua terbaik keseluruhan dan Johor di tempat ketiga.

"Kami memang sudah menjangka dan memang berusaha untuk menjadi juara dalam golf MSSM pada tahun ini, ..sangat mencabar, bagi kami team Selangor telah mengadakan latihan pusat dalam beberapa tempoh yang agak panjang untuk memastikan kami berjaya dalam kejohanan MSSM kali ini..kami akan berusaha untuk mengekalkan kemenangan yang kami kecapi yang peuh gemilang pada kejohanan tahun ini," kata Pengurus Kontinjen Golf Selangor, Rozman Baharudin.

Sementara itu, Nor Haqiem Nor Hadi dari Johor menjadi pemain terbaik lelaki dan Wang Xin Yao dari Negeri Sembilan menjadi pemain terbaik perempuan dalam kejohanan itu.

"Saya rasa amat gembira dan bangga, saya sudah buat sehabis baik saya untuk tournament kali ini…saya praktis round sebanyak enam kali..jadi saya dapat rasa keyakinan untuk bermain dalam course ini..harapan saya , saya nak jadi nombor satu dunia, insya-Allah," kata Pemain Terbaik Lelaki Kejohanan Golf MSSM 2022, Nor Haqiem Nor Hadi.

"Usaha dan kerja keras adalah perkara yang amat penting untuk mengecapai kejayaan, dan sebenarnya kejayaan adalah sebahagian daripada kehidupan kita ..tidak kira berapa kali anda menang ..ianya adalah satu proses," kata Pemain Golf Perempuan Kejohanan Golf MSSM 2022, Wang Xin Yao.




Media Baharu