PUTRAJAYA, 8 September- Perenang muda negara, Khiew Hoe Yean menyasarkan untuk memecah rekod pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di Lembah Klang, 16 hingga 24 September ini.
Sekali gus dapat memberi amaran awal kepada pencabar di Sukan Asia Hangzhou 2022 yang akan berlangsung tahun depan.
Beliau yang diberi tanggungjawab sebagai pembawa bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan, menjangkakan cabaran tahun ini cukup kompetitif memandangkan atlet dari negeri lain turut menjalani latihan cukup rapi.
"Tahun 2018 saya berjaya merangkul dua pingat emas dan dua perak, malangnya kerana saya pemenang pingat di Sukan SEA, jadi saya hanya dibenarkan untuk mengambil dua acara individu dan dua acara relay, jadi maksimum empat pingat," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada RTM.
Pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris itu bertanding dalam empat acara 400 meter gaya bebas, 200 kuak lentang dan relay.
(Khiew Hoe Yean)