fb fb fb fb fb

Terbuka AS: Mengamuk lagi, Kyrgios didenda AS$14,000

(Nick Kyrgios menghempas raketnya selepas perlawanan suku akhir menentang pemain Rusia, Karen Khachanov / REUTERS)

NEW YORK, 8 September- Nick Kyrgios didenda AS$14,000 kerana berkelakuan tidak sportif berikutan kekalahan pada aksi suku akhir Terbuka Amerika Syarikat kepada Karen Khachanov yang menyaksikan pemain Australia itu penuh amarah menghempas dua raketnya sehingga patah.

Denda itu adalah yang terbesar setakat ini menjadikan jumlah keseluruhan yang dikenakan terhadapnya adalah berjumlah AS$32,500.

Wang itu akan ditolak secara automatik daripada AS$473,200 yang diperolehnya pada Grand Slam terakhir tahun ini.

Kyrgios, yang menewaskan pemain nombor satu dunia Daniil Medvedev dalam Pusingan 16 di Flushing Meadows, berkata dia merasakan usahanya di New York dikira sia-sia selepas tewas kepada Khachanov.

"Semua orang ingat di Grand Slam ialah sama ada anda menang atau kalah," katanya kepada pemberita.

"Saya rasa saya baru sahaja gagal dalam acara ini sekarang." -REUTERS


(Seorang petugas kejohanan mengangkat raket yang dihempas Nick Kyrgios / REUTERS)

Media Baharu