fb fb fb fb fb

SUKMA 2024, tambah lima sukan baharu

Foto Fail

PUTRAJAYA, 13 Jun- Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 dijadual berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos 2024.

Perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA di Putrajaya, pada Isnin.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata terdapat penambahan lima sukan pada temasya edisi ke-21 itu iaitu softball, kriket, catur, kabaddi dan silambam.

"Sukan ini masih perlu mempunyai penyertaan enam negeri sebelum dipertandingkan di SUKMA. Maka, kita ada 28 teras kemudian empat sukan yang dipersetujui oleh Sarawak dan kita tambah lima lagi.

Jadi, sembilan sukan ini perlu mempunyai penyertaan sekurang-kurangnya enam negeri sebelum dipertandingkan di Sarawak," kata Hannah kepada pemberita di Putrajaya.

SUKMA ke-21 akan dilangsungkan di lapan bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Acara basikal trek pula akan diadakan di Semenanjung.

Jawatankuasa Tertinggi SUKMA juga bersetuju Sukan Para SUKMA berlangsung pada 21 hingga 28 September 2024.


(Foto FB Menteri)

Media Baharu