fb fb fb fb fb

Terbuka Indonesia, Pearly Tan-M.Thinaah tarik diri - BAM

FOTO BAM

KUALA LUMPUR, 13 Jun- Beregu wanita badminton nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, menarik diri daripada menyertai Terbuka Indonesia yang dijadualkan bermula pada semalam hingga 18 Jun di Jakarta.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa, juara Terbuka Perancis 2022 itu menarik diri akibat kecederaan yang dialami Pearly di Terbuka Singapura, minggu lepas.

Menurut kenyataan itu, Pearly yang cedera di siku belum sembuh sepenuhnya.

Susulan itu, pasukan kejurulatihan membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko sekali gus tidak membenarkan pemain itu bertanding.

Pada aksi Terbuka Singapura sebelum ini, Pearly dan Thinaah menarik diri pada perlawanan pusingan pembukaan menentang pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi pada set ketiga.


(Foto Fail)

Media Baharu