fb fb fb fb fb

Norrie mara ke separuh akhir Moselle Open selepas tundukkan Jacquet

Cameron Norrie/ REUTERS

METZ, 7 November - Pemain pilihan ketujuh dari Great Britain, Cameron Norrie, menempah tempat ke separuh akhir Moselle Open selepas menewaskan pemain tuan rumah Kyrian Jacquet, dalam pertarungan sengit tiga set pada Khamis (6 November) di Metz.

Norrie, satu-satunya pemain pilihan yang masih bersaing dalam kejohanan ATP 250 itu, mencatat kemenangan 4-6, 7-6(2), 6-4 dan akan berdepan Lorenzo Sonego di separuh akhir, selepas pemain Itali itu menyingkirkan wakil Jerman, Daniel Altmaier, 6-4, 7-6(6).

Sementara itu, pemain muda Amerika Syarikat, Learner Tien, mengejutkan bekas pemain nombor enam dunia, Matteo Berrettini dari Itali, dengan kemenangan 5-7, 6-2, 6-3, sekali gus melangkah ke separuh akhir menentang Vitaliy Sachko. Pemain Ukraine itu mara selepas menundukkan pemain kelayakan tuan rumah, Clement Tabur, 6-4, 3-6, 6-4.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI