fb fb fb fb fb

Bundesliga :Topmoeller dinamakan pengurus baharu Eintracht Frankfurt

(FOTO AFP)

BERLIN, 12 Jun-Dino Topmoeller dinamakan sebagai pengurus baharu Eintracht Frankfurt sehingga 2026 kata kelab tersebut pada Isnin.

Topmoeller sebelum ini dilantik sebagai penolong jurulatih kepada Julian Nagelsmann di Bayern Munich dan ketika di RB Leipzig.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Sukan Eintracht Frankfurt, Markus Kroesche mengalu-alukan kehadiran Topmoeller ke kelab berkenaan.

"Cara permainan Topmoeller sangat menepati falsafah permainan kelab ini.

"Sebagai bekas pemain Frankfurt, dia mampu menyesuaikan diri dengan cepat di kelab ini", kata Markus.

Sementara itu, Topmoeller yang diura-ura bakal kembali meneruskan kolaborasi bersama Nagelsmann di kelab baharu berkata langkah menjadi pengurus di Frankfurt adalah kerana hala tuju kelab tersebut yang mengutamakan pembangunan bakat muda.

"Hala tuju dan pembangunan bakat muda di Eintracht Frankfurt sangat mengagumkan.

"Saya sentiasa mempunyai hubungan istimewa di kelab ini dan sentiasa mengikuti perkembangan kelab", katanya.

Topmoeller mempunyai pengalaman luas sebagai pemain dengan bermain di beberapa kelab Eropah seperti di Manchester City, Ausburg dan Frankfurt sendiri.

Sebagai pengurus, dia pernah melatih F91 Dudelange di Luxembourg dari tahun 2016 sehingga 2019, menyaksikan dia memenangi tiga kejuaraan dan dua piala liga.-AFP

Kelab Frankfurt tidak mempunyai pengurus selepas berpisah dengan bekas pengendali Oliver Glasner selepas perlawanan akhir Piala FA Jerman.


(Pasukan Eintracht Frankfurt/FOTO AFP)

Media Baharu