fb fb fb fb fb

Sukma 2024: Pulau Pinang dominasi acara Judo

Pulau Pinang berjaya mendominasi acara Judo Sukma 2024 apabila meraih tiga daripada empat pingat emas yang dipertandingkan

MUKAH, 21 Ogos - Pulau Pinang berjaya mendominasi acara Judo Sukma 2024 di Dewan Sri Balau, Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini apabila meraih tiga daripada empat pingat emas yang dipertandingkan.

Emas Judo pertama Pulau Pinang diraih menerusi Qaleeda Izz’dika Mohd Rosidi dan Lim Xin Jie dalam acara Ju No Kata wanita.

"Sangat gembira dan bersyukur, kami banyak membuat latihan dan kami selalu perbaiki kesilapan-kesilapan yang kami buat," katanya Qaleeda.

Pulau Pinang memperolehi 325.5 mata menewaskan Terengganu 324 mata manakala Pingat gangsa acara itu dimenangi oleh Melaka dan Perak.

Sementara itu, dua lagi pingat emas Pulau Pinang diperolehi menerusi acara Nage No Kata dan Ju No Kata.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN