fb fb fb fb fb

SUKMA 2024: Dua lagi emas untuk Terengganu

Foto Firdaus Arasy Idris

KUCHING, 21 Ogos- Terengganu terus mengumpul dua lagi pingat emas menerusi acara memanah recurve campuran dan kompaun 50 meter, hari ini.

Menerusi SUKMA Sarawak 2024, emas pertama diperoleh menerusi acara recurve campuran gandingan Nurul Izzah Mazlan dan Muhammad Saiful Islam Mohamad Rizuwan.

Dalam acara yang sama, pingat perak dimiliki pemanah Pahang gandingan Nur Rafiqa Izzlyn Zaidi dan Muhamad Haiqal Danish Syamsul Affandi.

Manakala pingat gangsa diperoleh Selangor menerusi Nur Ieka Hariesya Zainal Habsahli dan Ahmad Razin Azahar.

Emas kedua pasukan memanah Terengganu diperoleh menerusi Nurul Syaza Husna Mahari dan Muhammad Aiman Syafiq Mohd Tariki.

Wilayah Persekutuan di tempat kedua mendapat perak hasil Hadira Hisham dan Afiq Zufar Mohamad Shah.

Gangsa pula diperoleh pasukan Pahang melalui Safi Qurratu Aini Saifol Anuar dan Muhammad Ameerul Muqri Mohd Munzir.

Sepanjang lima hari acara memanah SUKMA Sarawak 2024, Terengganu telah mengumpul empat emas manakala Wilayah Persekutuan dan Sarawak masing-masing satu emas.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM