fb fb fb fb fb

Sukma 2024: Miki tambah koleksi emas Sarawak acara Muay Thai

Muhammad Mikail Ghazali membuktikan dia juga sehebat abangnya apabila mengungguli saingan kategori Lelaki 51 hingga 54 kilogram untuk pingat emas Sarawak

BINTULU, 21 Ogos - Aksi adik kepada jaguh Muay Thai negara, 'Jojo' menjadi tumpuan di Naim Street Mall, Bandar Bintulu.

Muhammad Mikail Ghazali atau 'Miki' membuktikan dia juga sehebat abangnya apabila mengungguli saingan kategori Lelaki 51 hingga 54 kilogram untuk pingat emas Sarawak.

Beliau menang dalam saingan akhir acara tersebut menewaskan Muhammad Zulfakar Othman dari Melaka dengan skor 24,14.

Selain Muhammad Mikail, Sarawak turut menambah koleksi pingat emas Muay Thai menerusi Maurien Hii Sie Lin dalam kategori Wanita 48 hingga 51 kilogram.

Beliau menewaskan Nur Faqina Dullia Adrea Zaratullah dari Kelantan dengan keputusan 17-4.

Ketika ini Sarawak mendahului pungutan pingat keseluruhan bagi acara Muay Thai dengan lima emas, empat perak dan satu gangsa.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN