fb fb fb fb fb

SUKMA 2024: Sarawak dominasi acara Muaythai

Pasukan Muaythai Sarawak bergambar meraikan kemenangan dalam temasya SUKMA Ke-21/Foto RTM

BINTULU, 20 Ogos- Pasukan Muaythai Sarawak terus mengukuhkan kedudukan sebagai kuasa besar dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 dengan meraih tiga lagi pingat emas pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan lima pingat emas.

Maurien Hii Sie Lin membuka laluan kemenangan pasukan Sarawak dengan meraih pingat emas dalam kategori Female 48-51 kg , selepas menewaskan Nur Faqina Dullia Adrea Zaratullah dari Kelantan dengan skor 17-4.Kemenangan ini merupakan yang pertama untuk pasukan Sarawak pada hari tersebut.

Tidak ketinggalan, Muhammad Mikail Ghazali turut menambah koleksi emas untuk Sarawak apabila berjaya menundukkan Muhammad Zulfakar Othman dari Melaka dalam kategori lelaki 51-54kg dengan keputusan 24-14.

Texas Jeremy Lo melengkapkan kejayaan cemerlang pasukan Sarawak dengan kemenangan dalam kategori lelaki 54-57kg, menewaskan Muhamad Hakimi Nordin dari Pulau Pinang dengan keputusan 29-23.

Dengan tambahan tiga pingat emas tersebut, Sarawak kini mendahului pungutan pingat keseluruhan dengan lima emas, empat perak dan satu gangsa.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM