fb fb fb fb fb

Skuad para renang sasar ke pusingan akhir Paralimpik Paris 2024

Ketua Kontinjen Paralimpik ke Paris 2024 (CDM), Datuk Subramaniam Raman Nair

KUALA LUMPUR, 20 Ogos- Skuad para renang negara sasar untuk layak ke pusingan akhir pada temasya sukan Paralimpik Paris 2024.

Ketua Kontinjen Paralimpik ke Paris 2024 (CDM), Datuk Subramaniam Raman Nair menyifatkan prestasi atlet berpotensi untuk mendapatkan tempat di podium pada sukan berprestij itu.

"Syaiful sendiri kita tahu telah menunjukkan kehandalan beliau semasa di Kejohanan Para Asia. Untuk aiman, dia antara salah satu atlet terbaik di Asia Tenggara, yang layak dalam kelasnya. Ranking dia juga baik di rantau Asia Tenggara," kata Datuk Subramaniam kepada pemberita, hari ini.

Dalam pada itu, menurut jurulatih atlet para renang, Azharrudin Hashim skuad renang dalam keadaan yang baik dan lebih menumpukan kepada latihan tertentu disaat akhir.

"Sekarang kita dalam latihan yang khusus, fokus kepada latihan kekuatan. Setakat ini, mereka menunjukkan komitmen yang bagus dan baik."

Harapnya semua berjalan dengan lancar. Persiapan mental dan latihan kepantasan itu adalah perkara yang penting untuk kita jaga," jelas Azharrudin kepada pemberita, hari ini.

Skuad para renang dijadual akan ke Paris pada 23 Ogos ini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM