fb fb fb fb fb

Johor umum cuti peristiwa sempena final Piala FA 2024

JOHOR BAHARU, 19 Ogos-Kerajaan Negeri Johor mengumumkan cuti peristiwa negeri itu pada 25 Ogos (Ahad) susulan kejayaan mara ke final Piala FA.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam muat naik di Facebook memaklumkan cuti tersebut sebagai tanda penghargaan kepada para penyokong Harimau Selatan.

Jelas Onn, pengisytiharan cuti berkenaan mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Onn turut mengharapkan sokongan padu penyokong JDT pada aksi final itu nanti.

JDT mara ke Final selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC pada aksi separuh akhir.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD