fb fb fb fb fb

SUKMA 2024: Johor optimis capai sasaran 60 pingat emas  

Kontinjen SUKMA Johor kali ini melibatkan seramai 599 atlet, 188 pengurus dan jurulatih serta dibantu oleh seramai 85 orang urusetia daripada Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ)

ISKANDAR PUTERI, 31 Julai- Kontinjen Johor optimis mampu merealisasikan sasaran 60 pingat emas ditetapkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak, bermula 17 Ogos depan.

Menurut Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Mad Shah, keyakinan itu berdasarkan segala persiapan dan latihan insentif dari mental dan fizikal yang telah dilakukan oleh semua atlet.  

"Kepada atlet-atlet kita menyasarkan 60 pingat pertama bagi edisi tahun 2024 . Kita akan menghantar 36 pertandingan sukan yang akan dipertandingkan bagi negeri Johor. Kita kekal dengan insentif sebanyak RM10,000 kepada atlet yang berjaya memenangi pingat emas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan bendera kepada kontijen SUKMA Johor di sini, hari ini.

Kontinjen SUKMA Johor kali ini melibatkan seramai 599 atlet, 188 pengurus dan jurulatih serta dibantu oleh seramai 85 orang urusetia daripada Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ).

Dalam pada itu, Ketua Kontinjen SUKMA Johor, Datuk Pandak Ahmad berkata penyerahan bendera merupakan satu simbolik dan tradisi yang memperlihatkan sokongan padu daripada seluruh rakyat Johor kepada para atlet yang akan menggalas tanggungjawab dan harapan negeri ke pentas sukan terbesar negara.

"Kita berjuang di Sarawak dan kita minta pengurus dan jurulatih pastikan bahawa semua atlet punya kekuatan mental, sentiasa dalam keadaan 'fit' dan menjaga kesihatan. Mohon doa daripada semua rakyat Johor," ujarnya.

ZEHRA BINTI ZAMBRI