JALAN TAMING SARI, 30 Jun- Pasukan ragbi lelaki Melaka menyasarkan sekurang-kurangnya berada di tangga empat terbaik pada Sukan Malaysia 2022 (SUKMA 2022).
Presiden Melaka Rugby, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berharap, pasukan ragbi lelaki Melaka dapat berusaha dengan lebih kuat lagi, agar sasaran itu dapat direalisasikan.
Bagi skuad ragbi wanita pula, walaupun tiada sasaran ditetapkan, beliau berharap mereka dapat memberi saingan sengit dan mencipta sejarah baharu buat Melaka.
"Untuk wanita saya tidak menyasarkan apa-apa sebab cukuplah sekadar menjadi saingan kepada pasukan-pasukan yang sedia ada. Tapi pasukan lelaki kalau kita tengok rekod yang lepas Melaka jugak pernah cemerlang pernah mendapat pingat emas jadi tidak mustahil mereka boleh mengulangi benda ni dan sekurang-kurangnya berada dalam kelompok empat terbaik," kata Hameed Mytheen.
(Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer ditemui selepas menjadi tetamu dalam segmen
Apa Khabau YB di Melaka fm)
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam segmen Apa Khabau YB di Melaka fm.
Tambahnya, sukan ragbi melaka khususnya pasukan lelaki kini berada dalam momentum terbaik dan bersedia untuk menghadapi saingan akan datang.