fb fb fb fb fb

SUKMA 2022: Johor, Negeri Sembilan, Melaka tambah koleksi emas wushu

BUKIT JALIL, 16 September- Kontinjen Johor berjaya menambah koleksi pingat emas apabila atlet wushu mereka berjaya menjuarai acara nandao wanita.

Lee Huan berjaya mempamer teknik kemas untuk memenangi acara tersebut dengan 9.950 mata.

Tempat kedua diraih atlet Melaka, Tan Pier Ler manakala pingat gangsa menjadi milik rakan sepasukannya, Nor Azira Kamarudzaman.

Bagi kategori changquan wanita, atlet Negeri Sembilan, Pang Pui Yee berjaya merangkul pingat emas dengan mengutip 9.656 mata.

(SUKMA 2022: Johor, Negeri Sembilan, Melaka tambah koleksi emas wushu)

Atlet berusia 23 tahun itu mengalahkan atlet Sarawak, Stpehanie Ngu Chai Ern yang meraih pingat perak dan atlet Melaka, Woi Kai Xin (gangsa).

Bagi kategori changquan lelaki, atlet Melaka, Si Shin Peng berjaya meraih pingat emas.

Atlet berusia 20 tahun itu mungumpul 9.653 mata mengatasi atlet Pulau Pinang, Muhammad Danish Aizad Mohd Firdaus Chua dan atlet Wilayah Persekutuan, Yeo Dun.

Media Baharu