fb fb fb fb fb

Roger Federer umum akan bersara dari tenis

GENEVA, 16 September- Legenda tenis Switzerland, Roger Federer mengumumkan akan bersara dari sukan tenis.

Jelasnya, keputusan berat itu terpaksa diambil ekoran masalah lutut yang dihadapinya.

Bagaimanapun, peminat sukan tenis masih akan dapat menonton aksinya.

Federer akan membuat kemunculan pada saingan Piala Laver minggu depan yang merupakan kejohanan ATP terakhir sebelum menutup karier penuh gemilangnya.

Pemain berusia 41 tahun itu telah memenangi 20 gelaran Grand Slam sepanjang kariernya.

Namun, dia tidak dapat bermain sejak tewas suku akhir di Wimbledon 2021 selepas menjalani pembedahan lutut ketiga dalam tempoh 18 bulan.

Federer bergelut dengan kecederaan lutut sejak tiga tahun lalu yang mengehadkan perjalanan kariernya.

Akibat masalah itu, Federer merasakan keadaan fizikalnya sudah tidak lagi mampu bersaing secara kompetitif dan sudah tiba masanya dia mengundur diri.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu