fb fb fb fb fb

Azeem kini bergelar Raja Pecut SUKMA

KUALA LUMPUR, 16 September - Pelari pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi, berjaya meraih emas dengan catatan 10.25 saat sekali gus mendominasi acara riben biru raja pecut 100 meter lelaki akhir.

Dengan sorakan penonton, pelari berasal dari Teluk Intan ini terus memulakan aksi konsistennya dengan meninggalkan pencabar yang lain dengan kelebihan 0.21 saat.

Atlet kebangsaan mendominasi acara berkenaan apabila Muhammad Arsyad Md Saat (10.46s) dari Johor dan Muhammad Haiqal Hanafi (10.50s) dari Negeri Sembilan melengkapkan podium dengan masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.

(Azeem berjaya meraih emas dengan catatan 10.25 saat)

Bagi acara 100 meter wanita pula emas diraih oleh pelari dari Pahang Nor Sarah Adi dengan catatan masa 11.91 saat, perak dari Sabah Nur Aishah Rufina Along dan gangsa oleh pelari dariĀ  Selangor, Nur Afrina Batrisya Md Rizal.

Pada petang ini sebanyak tujuh emas ditawarkan bagi acara olahraga di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Media Baharu