fb fb fb fb fb

SUKIPT kelima: KPT terima tajaan lebih RM200,000

(Datuk Pekan Ramli ditemu bual media selepas Majlis Penyerahan Tajaan Rakan SUKIPT 2022 di 
Putrajaya hari ini)

PUTRAJAYA, 10 Ogos - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerima tajaan lebih RM200,000 sempena Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) edisi kelima.

Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT, Datuk Pekan Ramli menyatakan tajaan tersebut telah membantu KPT mengurangkan kos perbelanjaan penganjuran SUKIPT kali ini.

"Hari ini Alhamduliah untuk penganjuran SUKIPT kita menerima tiga penajaan iaitu daripada Proton untuk 10 buah kenderaan yang akan digunakan oleh pengurusan SUKIPT nanti dan kemudiannya kita menerima penajaan pakaian rasmi untuk pegawai ditaja oleh Fashion Wear dan kemudiannya daripada UPSI Holding, di mana mereka juga adalah merupakan penaja kita dengan jumlah kalau boleh saya rangkumkan jumlah penajaan hari ini secara keseluruhan, kita katakan lebih kurang RM200,000," kata beliau pada Majlis Penyerahan Tajaan Rakan SUKIPT 2022, di sini hari ini.


(Datuk Pekan Ramli (kiri) bersama barisan penaja Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) edisi kelima)

SUKIPT akan berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak dari 12 hingga 21 Ogos depan.

Lebih 6,000 atlet daripada 70 kontinjen IPT telah mengesahkan penyertaan membabitkan IPT awam, swasta, politeknik dan kolej komuniti untuk merebut 210 pingat emas daripada 21 acara yang dipertandingkan.

Media Baharu